Site Overlay

Sejak Bila Kenal Emas & Perak?

20130331_112852

www.gsr2u.com.my/aliff

Pagi ini, sementara si kecil sedang tidur lena kibat tedur lewat malam tadi, saya gunakan peluang yang ada untuk mentelaah sebuah ‘kitab’ tentang Emas & Perak, berjudul ‘Why Gold? Why Silver? Why Now?: How You Can Profit From Precious Metals’. ‘Kitab’ ini ditulis oleh seorang anak muda bernama Jonathan Quek.

Sebenarnya, dengan izin Allah, saya memahami emas dan perak sejak 2010 lagi. iaitu melalui kelas-kelas pada Jumaat Malam Sabtu di kuliah Kejuruteraan UIAM yang disampaikan oleh Prof Umar Vadillo. Saya diperkenalkan dengan Prof Umar Vadillo daripada Tn Hj Awaluddin, seorang aktivis dinar dirham yang tegar. Walau umurnya aagak lanjut, tetapi semangatnya untuk menyelamatkan insan dari KEGANASAN INFLASI kekal malar segar! Macam orang muda!

Sebelum dari itu lagi, saya mengenal emas dan perak sejak dalam tempoh pengajian saya di UMS lagi; sekitar tahun 2007 dan 2008. Ketika itu saya mengenal insan bernama Prof Kameel Meera Mydin, melalui ‘kitab-kitab’ karangan beliau iaitu The Islamic Gold Dinar dan The Theft of Nation. Saya masih ingat lagi, saya meminjam ‘kitab’ The Islamic Gold Dinar dari En Zulkifli Muhammad, pensyarah Fiqh Muamalat saya ketika itu.

islamic_gold_dinar

www.gsr2u.com.my/aliff

41YF4XKP3XL

www.gsr2u.com.my/aliff

Semenjak 2010 dan ke atas, saya mula aktif sebagai aktivis dinar-dirham. Saya bersama Bro. Musa Aibinu (pensyarah kejuruteraan di UIAM) dan Tn Hj Awaluddin, menuju ke Kelantan untuk menghadiri majlis perasmian Dinar Kelantan KGT. Antara perkara yang saya tidak boleh lupakan ialah hampir-hampir saya ketinggalan keretapi akibat sampai sedikit lambat kerana kesukaran mendapatkan bas! Selain itu, dengan jasa baik Kak Mimi (anak perempuan Hajah Nik Mahani), meminjamkan saya RM100 untuk membeli tiket keretapi ke Kelantan, memandangkan saya tidak mampu ketika itu.

Ringkasnya, sudah agak lama saya mengenal dinar dan dirham, emas dan perak, tetapi saya tidak berpeluang mendalaminya secara serius dan teratur. Informasi ada dalam diri saya, tapi belum dapat menghubungjalinkan ia dengan teratur dan membautkan orang mudah faham. Oleh itu, ilmu pengetahuan saya tentangnya tidak mendalam.

Sekarang keinginan saya untuk mengenal dan memahami fitrah dua logam berharga itu semakin meningkat. Kesedaran yang sudah memang ada, harus disulami dengan kefahaman yang jelas. Seterusnya disusuli dengan tindakan membantu masyarakat memahami fitrah dua jenis logam berharga ini serta kepentingannya kepada mereka.

Pagi ini, saya membuka kitab Jonathan Quek. Karya beliau sangat membantu untuk saya memahami logam emas dan perak dengan lebih teratur. Diharapkan hasil pembacaan dan kefahaman saya nanti, saya dapat kongsikan dengan masyarakat di luar sana. Terutamanya masyarakat yang ebrpendapatan sederhana dan rendah. Golongan ini kebanyakannya tidak berpeluang mendapat ilmu pengetahuan tentang Kepintaran Kewangan atau kepintaran Mengurus Harta.

Setakat ini dahulu nukilan saya.

Ingin sambung sedikit lagi bacaan sebelum mengurus si kecil (masih tidur lagi sekarang).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes