Saya?

Memiliki Sarjana Muda Kewangan Islam (UMS), tetapi bukan seorang pengamal-laksana atau pemain dalam industri Kewangan Islam. Terlibat secara langsung dalam beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai seorang koordinator Projek. Antaranya bersama Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM), Islamic & Strategic Studies Institute (ISSI), dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Antara pencapaian tertinggi dalam pengalaman peribadi ialah diberi peluang menjadi Koordinator bagi Kempen Badan Bertindak Bantah TPPA (BANTAH TPPA) yang memberikan saya ruang dan pengalaman untuk menjalankan gerak kerja aktivisme-lobi-advokasi (masyarakat-NGO-Kerajaan).

Kini, bekerja dalam industri buku Malaysia. Pada masa yang sama, menyumbang dalam badan-badan bukan kerajaan dengan tema Alam sekitar seperti; Petubuhan Pelindung Khazanah Alam Cawangan Perak (PEKA PERAK), sebagai Timbalan Pengerusi.

Dalam bidang Keilmuan, memberi tumpuan kepada bidang Ilmu Pendidikan, Sosiologi, Ekonomi, Alam Sekitar, dan Kepenggunaan.

Blog ini tentang DiriNya dan Alam CiptaanNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *