• Hikayat Nusansia

    Hikayat Nusansia:Perniagaan Amanah Rakyat

    Semalam adalah hari bersejarah buat Nusansia. Sebuah majlis yang ditubuhkan untuk menyatupadukan umat Melayu Islam dari sudut ekonomi dizahirkan kekuatannya melalui mesyuarat agung pertamnya. Anak melayu melihat dari jauh. Satu pengharapan penuh diberikan kepda penubuhan dan kewujudan majlis itu. Kiranya, moga dijauhkan daripada berulangnya kisah-kisah badan besar yang diwujudkan untuk memajukan anak bangsa, tetapi akhirnya berfungsi untuk memenuhi kepentingan peribadi para ketuanya. Perkara sedemikian rupa seolah-oleh menjadi budaya dalam kalangan perniagaan orang Melayu yang diberi amanah untuk menjaga urusan bangsanya. Apabila diteliti, ia berasal dari pemimpinnya. Pemimpinnya diakui berkarisma, kreatif dan berdaya saing, tetapi ciri-ciri tersebut belum bisa mengeluarkan diri dan anak-anak pimpinannya daripada muwujudkan satu horizon baru bagi terus…

  • Hikayat Nusansia

    Hikayat Nusansia:Budaya Boikot

    Charles C. Bycott Boikot. Asal dari nama seorang Tuan tanah di Ireland, Charles Boycott. Akibat daripada beliau mengusir penyewa-penyewa tanahnya, dia menjadi mangsa kepada aplikasi ‘boikot’. Para pekerjanya berhenti bekerja, tiada yang mahu berurusan perniagaan dengannya, bahkan posmen pun tidak mahu menghantar surat. Itu ringkasan asal nama dan ¬†budaya boikot, bagi masyarakat Irish dan masyhur di dunia. Kisah dalam peradaban Islam, lebih awal lagi; 3 orang sahabat Baginda Nabi SAW dipencilkan selama 40 hari sehingga wahyu surah At-Taubah ayat 118 turun di mana Allah memaafkan mereka – kerana tidak menyertai perang Tabuk. Bahkan lagi awal daripada itu ialah kisah seperti yang dicatatkan dalam al-Quran, Surah Yusuf ayat 59 dan 60.…

  • Globalisasi EKonomi

    Kumpulan Bilderberg

    Mesyuarat Bilderberg. Mesyuarat Bilderberg diambil bersempena sebuah hotel di Belanda; tempat di mana mesyuarat kali pertama di adakan pada bulan Mei 1954. Mesyuarat ini unik kerana ia dibuat secara ‘off-record’. Segala perbincangan yang berlangsung hanya habis di meja perbincangan. Siapa yang menghadirinya? Para hadirin terdiri daripada para pemimpin negara, ahli-ahli politik, para pemain industri dan institusi kewangan, pemimpin persatuan perniagaan, para diplomat, dan wakil-wakil media yang berpengaruh; dari seluruh dunia. Semua peserta mesyuarat yang hadir adalah melalui jemputan khas. Tiada jemputan, tidak boleh turut serta. Kumpulan tanpa keahlian yang tetap ini dipercayai sangat berpengaruh di Eropah dan memainkan peranan penting dalam membincangkan segala isu-isu pokok yang sedang dihadapi. Sehingga tahun…

  • Berita Dunia

    Jasad Kecil Adik William Yau Zhen Zhong

    Sedih dan sayu. Dicelah kekalutan insan bertelagah isu politik, muncul cerita sedih untuk renungan semua pihak. Kehilangan adik kecil ini menjadi berita utama satu Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia diselubungi kesedihan mengenangkan nasib seorang anak kecil yang telah hilang hampir seminggu, kemudiannya jasadnya ditemui di Sungai Sireh, dekat dengan pelabuhan Klang, Klang. Kejadian tragis ini adalah satu peringatan berharga buat ibu bapa alaf baru. Di saat dunia sedang mengharungi ketidaktentuan; baik politik, alam sekitar dan ekonominya; jiwa insan seakan-akan sudah hilang sifat keinsanannya. Harta benda menjadi keutamaan, sifat penyayang sudah reput dan semakin menghilang dimamah anai-anai bernama pembangunan. Ibu bapa yang hidup di zaman ini harus semakin peka dengan keselamatan anak-anaknya.…

  • Globalisasi EKonomi

    Globalisasi Ekonomi: Bretton Wood dan Majlis Hubungan Luar AS

    Pagi ini saya meneruskan pembacaan tentang Kes-kes yang Menentang Ekonomi Global; Menyoroti sejarah globalisasi dunia modern yang melibatkan AS sebagai pemain utama, boleh dilihat ke belakang sejak Perjanjian Bretton Wood. Bahkan lebih awal dari itu sekitar 1930-an, ialah peranan Majlis Hubungan Luar AS. Antara keputusan Majlis itu; sekitar 1941 ialah AS memerlukan akses mudah/percuma kepada pasaran dan sumber ekonomi dari hemisfera Barat, duniia Timur dan Empayar british. Selain itu majlis turut membuat satu ‘outline’ memorandum tentang ‘Grand Area’, iaitu bahagian-bahagian dunia yang pihak AS perlu mendominasi secara ekonomi dan ketenteraannya bagi memastikan mereka memperolehi sumber2 bahan mentah untuk industri2nya.

  • Hikayat Nusansia

    Hikayat Nusansia: Catatan Sang Tulen di Pagi Sabtu

    Setelah sekian lama, Sang Tulen tidak berpeluang mengikuti sharahan si Guru, maka kali ini Sang Tulen berpeluang untuk mengikutinya. Dalam sharahan kali ini, si Guru mensharah beberapa rangkap ayat yang saling menyambung, membentuk suatu ma’na: Education is the process of instilling something in the person; That something is knowledge; Knowledge is meaning; Meaning is encapsulated in words; Words are articulated to convey thought; Thought is movement from meaning to meaning; Within a framework Rangkap ayat di atas sangat berma’na bagi yang ingin memahaminya. Sang Tulen tidak boleh menunggu sehingga selesai sharahan kerana mempunyai urusan di rumah. Walau singkat, ia sangat berma’na.

  • FTA/TPP

    Kisah Mexico dan NAFTA

    Saya sedang membaca kes-kes negara dunia ketiga dan negara membangun yang menjadi mangsa kepada Free Trade Agreement. Tanah-tanah orang tempatan dibeli oleh syarikat besar/korporat dan kemudian pemilik asal terkontang-kanting tidak diberi balasan yang setimpal. Tanah-tanah yang diambil; dijustifikasikan demi untuk pembangunan negara. Rakyat Mexico yang mempunyai tanah-tanah adalah contoh mangsa NAFTA. Membuat saya berfikir keadaan di Johor pada hari ini. Tanah-tanah semakin banyak menjadi milik orang luar atas nama pembangunan dan mahu menarik pelabur luar. Ini belum lagi termeterai TPP. SAY NO TO FTA-TPP dan yang seangkatan dengannya!

  • Hikayat Nusansia

    Hikayat Nusansia: Cetakan Semula Yang Ditarik Semula

    Nusansia. Sebuah negara yang aman damai. Negara yang telah mendapat kemerdekaan sejak 60 tahun yang lalu ini, kini dianggap antara negara yang sedang pesat membangun. Dalam kalangan dunia membangun dan dunia ketiga, siapa yang tidak kenal negara Nusansia? Hampir setiap negara tersebut, ‘pabila warga Nusansia memperkenalkan diri, muka mereka akan berubah kegirangan tanda kagumn dan juga cemburu kerana tidak berpeluang menjadi warga Nusansia. Bahkan nama Perdana Menteri yang lepas, Tum Jalak, berterusan sahaja disebut-sebut dan dianggap sebagai wira kerana turut memperjuangkan hak negara dunia membangun dan dunia ketiga dalam Persidangan Meja Bumi. Itulah Nusansia; dengan penuh kebanggan, terus digembeleng segala sumbernya untuk mencapai status negara maju. Ini kali pertama saya…

  • FTA/TPP

    Kesan Ke Atas Dasar Kerajaan Malaysia (Bahagian 1)

    Bahaya Perlindungan Lebih Kukuh Pelabur AS di Malaysia FTA AS memberi perlindungan kukuh bagi pelabur asing. AS adalah pelabur asing terbesar di Malaysia. Tidak ramai rakyat Malaysia akan mampu melabur di AS. Oleh itu sebenarnya, perlindungan lebih kukuh ke atas pelabur asing menguntungkan rakyat Amerika berbanding rakyat Malaysia. Malaysia telah menjadi pemimpin negara membangun di Pertubuhan Perdagangan Dunia dalam menolak perlindungan¬†pelabur yang lebih kukuh ini. Bagaimanapun kini ia muncul melalui FTA AS. Menteri Perdagangan semua negara di Afrika (kecuali Maghribi) telah enggan membenarkan perlindungan pelabur yang lebih kukuh ini dalam FTA masing-masing kerana mereka berpendapat ia amat berbahaya. FTA AS mempunyai bahagian pelaburan yang sama, jadi bahagian pelaburan TPFTA cenderung…

  • FTA/TPP

    Bantahan Global Terhadap FTA AS

    FTA AS di seluruh dunia semuanya hampir sama dan peruntukan yang telah menyebabkan bantahan di negara berikut juga boleh dijangkakan dalam sebarang FTA Malaysia yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat termasuk TPFTA. Di Guatemala, dua mati dalam bantahan terhadap FTA AS. Rakyat Guatemala telah membawa kes ini ke mahkamah dengan mendakwa FTA AS mereka mencabul 130 peruntukan Perlembagaan Guatemala. Ecuador terpaksa mengisytiharkan darurat untuk mengawal bantahan terhadap FTA AS. Beberapa negara Amerika Latin terpaksa menangguhkan proses menandatangani FTA AS sehingga selepas pilihan raya kerana sedar mereka akan kalah dalam pilihan raya jika mereka menandatanganinya. Di Thailand, ketua perundingnya meletak jawatan kerana terdapat bantahan yang kuat terhadap rundingan FTA AS mereka. Penasihat…