Melawan Kosumerisme Tidak Semudah Berkata-kata

Sebenarnya tidak semudah tulis status di media sosial untuk lawan konsumerisme ini. 1. Kita kurang contoh depan mata. 2. Untuk ikut Rasulullah pula; ramai yang tidak baca sirah dan tidak datang pengajian. Jika ada sekalipun, sehingga hari ini, saya tidak pernah dengar yang mengaitkan sirah Nabi dan cabaran masani (konsumerisme) serta cara bagaimana hendak hadapinya. Kecuali […]

Hati Nukleus Penentangan Konsumerisme-Kapitalisme

Benar seperti yang banyak diulas para Ulama’, mengenai penyakit hati dan cara serta kepentingan mengubatinya. 1. Kita kena faham bahawa konsumerisme adalah penyakit yang berakar dalam hati manusia. Baik sebagai pengguna mahupun pengeluar. Dan ia terzahir dengan tindakan sehari-harian. 2. Untuk menyelesaikan umat daripada terjebak/terpalit/tersadung/tersembam ke lembah konsumerisme, kita perlu kenal pasti apa itu konsumerisme […]

Apa yang Aku faham tentang Wasațiýah

Wasațiýah. Tidak tepat jika didefinisikan sebagai pertengahan (walau sah digunakan). Apa nilai yang ada pada pertengahan? Tidak berprinsip? Lalang? Bahkan, nampak tidak kena jika ditakrifkan sebagai pertengahan kerana tidak ekstrim atau tidak ganas. Apakah maksud disebaliknya bahawa ada Islam yang ekstrim? Jika mereka merujuk Islam yang ekstrim ini kepada umat Islam yang guna nama Islam […]

Apabila Mufti diberi Anugerah ‘Hina Intelektual’, Bermakna…

Saya menulis perkara di bawah sebagai respon berikutan liputan sebuah akhbar atas talian, Malaysiakini, berjudul “NGO beri anugerah ‘Hina Intelektual’ pada Harussani”, pada 29 Ogos 2016: 1. Penganjuran anugerah seumpama itu merupakan penzahiran bahawa mereka tandus intelektual. Mereka gersang jiwa. Kerana emosi mereka tidak terkawal dan nilai etika diletak tepi hanya kerana hujah mereka tidak cukup kuat untuk […]

Refleksi Mentela’ah al-Muqaddimah Ibn Khaldun (Bahagian 1)

Saya kongsikan sebahagian refleksi daripada proses pembacaan al-Muqaddimah, karya ‘magnum opus’ Ibn Khaldun. 1. Suatu yang biasa bagi seorang sarjana menghimpun dan menyulam pandangan-pandangan yang berbeza dari mazhab atau sarjana yang lain. 2. Penting untuk diperhatikan dengan teliti apabila membaca perenggan-perenggan yang menerangkan sesuatu subjek untuk menyokong maksud yang mahu disampaikan penulis (dalam konteks ini […]

Exxon Sudah Tahu Kesan Bahan Api Fosil Sejak 1970an Lagi

Pagi ini, saya terbaca sebuah lagi artikel mengenai Exxon. Kali ini ia mengenai  luahan hati seorang anak kepada seorang saintis, Dr. James F Black,[1] yang pernah bekerja di Standard Oil (kemudiannya bertukar kepada Esso dan sekarang Exxon). Situasi mengetahui kebenaran tetapi menyembunyikannya, adalah suatu yang terkutuk bahkan dikecam di dalam ajaran agama yang saya anuti. Lebih-lebih […]

Hashtag #ExxonKnew adalah Tindakan Balas Masyarakat Berhadapan dengan Syarikat Korporat

‪#‎ExxonKnew‬ adalah hashtag kepada gerakan untuk menyelongkar kecuaian Exxon yang telah mengetahui (melalui saintis yang mereka upah dalam salah satu jabatan R&D mereka sendiri satu ketika dahulu) ancaman dan kesan penggunaan bahan api fosil tetapi mereka: 1. Mendiamkan hasil kajian tersebut yg ternyata bakal merugikan mereka di masa depan (future investment) 2. Tidak meneruskan pendanaan […]

Paul Hawken ‘Membuka Pintu’ Mengenal Sosok Yang Melandasi Perjuangan Aktivis Gerakan Alam Sekitar di Barat

Perjalanan bermula. Walau belum lagi bergelar pelajar formal mana-mana UA. Tapi setelah berbincang dengan guruku, aku menetapkan sesuatu untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. Aku meneruskan pembacaan sekitar sejarah gerakan masharakat bagi mendapatkan keadilan sosial dan memelihara alam sekitar. Paul Hawken, setakat pembacaanku, telah menghubungkan aku kepada susur galur antara pemikiran yang mempengaruhi para aktivis alam […]

Mesej Lestari Buat Warga Wilayah Persekutuan

Februari 1. Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Cuti peristiwa bagi penduduk Wilayah Persekutuan. Tarikh ini disambut warganya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang kaya-raya dan ada juga yang miskin bandar. Kehidupan yang semakin menghimpit, mungkin membataskan aqal untuk melihat melangkaui hal-hal kekeluargaan – kerana keluarga sendiri belum dapat makan dengan […]