• Globalisasi EKonomi

    Cabaran Politik & Perundangan Untuk Merealisasikan AEC

    Saya amat berminat juga untuk peduli berkenaan isu Perjanjian Perdagangan Antarabangsa atau dalam bahasa Inggerisnya disebut ‘Free Trade Agreement’. Dalam ‘posting’ saya terdahulu, saya banyak berkongsi perihal salah satu perjanjian antarabangsa yang sedang dirunding oleh Malaysia bersama dengan 11 buah negara yang lain iaitu Trans Pacific Partnership Agreement. Seperti sedia maklum, pada 2015, Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN. Persidangan tersebut dianggap sangat penting kerana tahun 2015 merupakan ‘tarikh akhir’ untuk terlaksananya apa yang dipanggil Komuniti Ekonomi ASEAN atau ‘ASEAN Economic Community’ (AEC). Walau bagaimanapun, terdapat banyak isu yang belum dapat diselesaikan dan perlaksanaan agenda penting ini memerlukan kerjasama dan komitmen semua negara ASEAN yang terlibat.…