• Masyarakat

    Walau Jelas dan Benar Ilmunya, Tapi Masih ‘Tidak Tahu Apa Hendak Buat’

    Pada 3 Oktober 2017 yang lalu, sahabat saya, saudara Syafiq Borhanuddin menulis sebuah artikel berbahasa inggeris dengan tema keutamaan anak muda masani untuk memiliki sikap dan tindakan yang betul dalam memperjuangkan sesuatu agenda bermanfaat. Susulan dari itu, saya kongsikan respon awal saya mengenai artikel berkenaan: 1. Kekeliruan ilmu; seperti mana yang disebutkan Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas merupakan faktor utama mengapa kehilangan adab berlaku dalam hidup Muslim. 2. Kekeliruan ini menatijahkan sikap ‘tidak buat apa-apa’ sebab ‘tidak tahu apa hendak buat’ bila melibatkan nas-nas al-Quran dan hadith serta sejarah peradaban Islam yang berkaitan dengan Adab Pada Alam (APA). 3. Kekeliruan ini timbul dengan sangkaan bahawa; Islam adalah…