• Alam Sekitar

    Tangkapan Akibat Bijih Bauksit

    Sehingga kini, sudah hampir satu tahun tujuh bulan keputusan moratorium dikuatkuasakan di kawasan perlombongan bijih bauksit. Pihak berkuasa masih belum dapat membuat keputusan penting mengenainya lagi. Akhirnya, pagi ini rakyat Malaysia digemparkan dengan penahanan 10 Kakitangan Jabatan Kastam di Raja Malaysia (JKDM) dan 9 kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), pada tengah malam tadi. Mereka akan direman 7 hari untuk membantu siasatan kerana disyaki terlibat dengan perlombongan Bauksit secara haram di Pahang. BAUKSIT DAN MASYARAKAT Isu Bauksit mula mendapat liputan meluas di Malaysia sejak Julai 2015. Wacana tentang apa itu bauksit dan kegunaannya dalam sektor ekonomi, apakah masalah yang wujud apabila perlombongan bauksit ini semakin berleluasa di Pahang, apakah impak…