• Bibliofil

    Papa Pendorong Utama, Penyubur Minat Membaca si Anak

    Kisah 1 Saya masih ingat lagi, sewaktu buku ‘Doctor in The House’, kali pertama diterbitkan, Papa bertanya: “Dah beli buku terbaru oleh Tun Mahathir?” Saya jawab: “Belum. Tapi ada cadangan hendak beli.” Apabila pulang bercuti, tiba-tiba papa serahkan bungkusan plastik berisi buku tersebut. Dia hadiahkan kepada saya. Sungguh. Ia hadiah berharga dari seorang bapa kepada anak.   Kisah 2 Mengimbau kenangan sewaktu kecil, Papa berikan buku Fabel Aesop berbahasa Inggeris. Buku itu amat membantu saya dalam memperkaya perbendaharaan kata baharu bahasa Inggeris. Buku itu juga yang memperkenalkan sekian banyak crita-cerita rakyat dunia Barat yang masih segar diingatan sehingga kini. Selepas itu, komik Doraemon menjadi bacaan mingguan saya. “Sudah habis baca?”…

  • Bibliofil

    Ziarah Kedai Buku MPH di Bangsar Village

    Selepas solat Jumaat sebentar tadi, aku tidak betah pulang ke pejabat sebelum dapat berkunjung ke Kedai Buku MPH, Bangsar Village yang letaknya hanya bersebelahan dengan Masjid. Kalau boleh, setiap detik mahu sahaja aku dokumenkan dalam bentuk gambar dan penulisan, tapi memadailah aku dapat dokumentasikan bahawa hari ini aku ke kedai buku. seperti biasa, aku akan ke tempat buku-buku yang di-highlight-kan – letaknya betul-betul berhadapan dengan ruang masuk ke MPH. Kemudian aku menelusuri bahagian ‘fiction’ dan terus menuju ke rak buku sastera (Asia dan Barat). Aku mencari-cari buku tulisan Tetsuko Kuronayagi berjudul “Totto-chan The Little Girl at the Window”, tetapi tiada. Dengar kata, karya Jepun ini telah menjadi faktor berlakunya rombakan/penambah…

  • Bibliofil

    Ulasan Ringkas: Biblioholisme karya Tuan Shaharom TM Sulaiman

    Tidak terkata. Melihat muka hadapan buku ini sahaja, sudah boleh menerbitkan rasa senang dan lapang dada. Karya ‘berhantu’ ini sudah saya khatam sebanyak dua kali. Banyak fata-fakta dan pengalaman serta tip-tip penting mengenai dunia buku dan pencintanya terdapat di dalam karya setebal 106 muka surat ini. Penulis berjaya menerbitkan rasa ingin tahu dihati pembaca seperti saya sehinggakan saya sanggup ‘membuuang masa’ membaca berulang kali. Salah satu petikan yang amat menarik dan mendalam ialah: “Bacalah untuk menerangi hidup anda, membunuh kejahilan anda, bahkan untuk menguasai dunia dan akhirat. Rasanya tidak ada lagi alat yang tarikannya sebagai “penghidup”, “penyaksi”, dan “perakam” kepada kelangsungan peradaban manusia melainkan BUKU. Oleh sebab itulah, buku layak…

  • Bibliofil

    2015 Adalah Penyingkapan Kehidupan Seorang Bibliofil

    Sudah masuk tahun 2015. Ia diwarnai dengan pelbagai ujian dan cabaran. Persoalannya: Bagaimana kejadian-kejadian seumpaman itu boleh menjadi suatu pendidikan buat diri? Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada 2014 telah membentuk diri saya menjadi pada hari ini. Kebencian, ketidaktelusan maklumat, dan sikap suka mengejar publisiti dalam media sosial adalah antara yang menyumbang kepada sikap pasif saya di media sosial sejak kebelakangan ini. Terlampau banyak status-status menggelikan, meloyakan, dan menyakitkan hati dalam media sosial seperti ‘Facebook’. Ia menyakitkan hati dan sentiasa mengusik emosi. Tanpa menafikan peranan ‘Facebook’, maka saya kekalkan keberadaan akaun ‘Facebook’. Walau bagaimanapun, saya sudah tawar hati untuk memberi respon secara aktif. Cukuplah ia sekadar menjadi medan membaca status dan berkongsi perkara-perkara positif. ‘Facebook’…