• Bibliofil

    Penemuan Karya-Karya DBP di SMO Kubang Kerian!

    Malam tadi, puteraku masuk wad HUSM kerana kuning (Jaundis). Bacaannya 304, agak tinggi. Hari ini, aku seharian di hospital untuk mengetahui kemas kini keadaan putera tersayang. Semoga kuningnya turut dan boleh keluar wad secepat mungkin. Aku memarkir kereta agak jauh dari tempat parkir kenderaan HSUM kerana sudah penuh sejak awal pagi lagi. Untuk memudahkan, aku memasukkan sejumlah wang di tempat parkir untuk tempoh selama 5 jam. Sewaktu hendak memanjangkan tempoh seterusnya, aku ke Kedai Buku SMO yang berhampiran. Letaknya tidak jauh dari HUSM – di seberang jalan. Aku mula masuk ke kedai dan terus ke rak demi rak di tingkat bawah. Ia dimulakan dengan rak berisi novel-novel remaja yang tebal-tebal…