• Masyarakat

    Waran Tangkap untuk Bangkit Amarah. Itu Sahaja.

    Provokasi demi provokasi ditujukan kepada Muslim dan Agama Islam. Saya tiada jawapan sama ada ia disengajakan atau tidak. Tetapi saya amat yakin ia sudah tentu merupakan tindak balas oleh golongan yang dengki kepada keamanan dan menjadikan Islam sebagai subjek kebencian. Tertanya-tanya juga, apakah tindakan kita sebagai Muslim? Mahu terus menyumpah seranah kah atau diam sahaja (buat bodoh) atau melakukan sesuatu yang lebih konstruktif? Seandainya masharakat dunia jujur dan ikhlas dalam perhubungan sesama manusia, sudah pasti tidak akan terkeluar sebarang kenyataan atau melakukan sebarang tindakan yang boleh menyakitkan hati manusia lain. Manusia hari ini sudah hilang rasa kasihnya pada manusia lain. Fokus mereka adalah bagaimana untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa ke atas…