• Bibliofil

    Penemuan Karya-Karya DBP di SMO Kubang Kerian!

    Malam tadi, puteraku masuk wad HUSM kerana kuning (Jaundis). Bacaannya 304, agak tinggi. Hari ini, aku seharian di hospital untuk mengetahui kemas kini keadaan putera tersayang. Semoga kuningnya turut dan boleh keluar wad secepat mungkin. Aku memarkir kereta agak jauh dari tempat parkir kenderaan HSUM kerana sudah penuh sejak awal pagi lagi. Untuk memudahkan, aku memasukkan sejumlah wang di tempat parkir untuk tempoh selama 5 jam. Sewaktu hendak memanjangkan tempoh seterusnya, aku ke Kedai Buku SMO yang berhampiran. Letaknya tidak jauh dari HUSM – di seberang jalan. Aku mula masuk ke kedai dan terus ke rak demi rak di tingkat bawah. Ia dimulakan dengan rak berisi novel-novel remaja yang tebal-tebal…

  • Bibliofil

    Mencari Kedai Buku di Kelantan

    Beberapa hari ini saya berada di Kelantan atas urusan keluarga. Masa yang ada saya ziarah beberapa kedai buku – yang mana sempat. Saya tertanya-tanya jika ada kedai buku lain di Kelantan selain Kedai Buku SMO, Popular, Jafar Rawas? Jika ada, saya ingin ziarah. Ziarah untuk melihat kedai dan buku apa yang ada di sana. Saya suka melihat jenis-jenis buku yang terjual. Pada saya ia boleh menggambarkan jenis pembacaan masharakat setempat. Setakat ini, Kino dan MPH Kuala Lumpur yang dapat memuaskan hati saya kerana terdapat buku-buku yang saya cari dan minati. Selain dari bahan bacaan, kemudahan-kemudahan untuk meraikan pembaca juga di ambil kira. Setakat ini juga, beluma da kedai buku yang…

  • Bibliofil

    Terserempak Nyala Api dalam Dada di MPH, NU Sentral

    23 Januari 2015 (Jumaat) | Malam ini, bas yang akan saya naiki ke Kelantan akan berlepas jam 10.00 malam. Saya perlu berada di Terminal Bas Bersepadu (TBS) sekitar jam 9.00 malam, memandangkan saya tidak pernah pergi ke TBS, jadi saya perlu awal berada di sana untuk masa kecemasan. Tetapi sebelum itu, saya ambil masa yang ada, seusai keluar dari pejabat sekitar jam 5.30 petang tadi, saya menuju ke NU Sentral. Mujur, Kak Siti – rakan sekerja – yang baik hari sudi menumpangkan saya ke stesen LRT Bangsar. Saya tinggalkan motosikal dalam laman pejabat kerana merasakan lebih selamat berada di sana. Kedai Buku MPH di NU Sentral terletak di tingkat dua.…

  • Bibliofil

    Ziarah Kedai Buku MPH di Bangsar Village

    Selepas solat Jumaat sebentar tadi, aku tidak betah pulang ke pejabat sebelum dapat berkunjung ke Kedai Buku MPH, Bangsar Village yang letaknya hanya bersebelahan dengan Masjid. Kalau boleh, setiap detik mahu sahaja aku dokumenkan dalam bentuk gambar dan penulisan, tapi memadailah aku dapat dokumentasikan bahawa hari ini aku ke kedai buku. seperti biasa, aku akan ke tempat buku-buku yang di-highlight-kan – letaknya betul-betul berhadapan dengan ruang masuk ke MPH. Kemudian aku menelusuri bahagian ‘fiction’ dan terus menuju ke rak buku sastera (Asia dan Barat). Aku mencari-cari buku tulisan Tetsuko Kuronayagi berjudul “Totto-chan The Little Girl at the Window”, tetapi tiada. Dengar kata, karya Jepun ini telah menjadi faktor berlakunya rombakan/penambah…