• Masyarakat

    Pengalaman Menziarahi Beberapa Kedai Buku di Kota Bharu

    Pagi tadi saya pulang semula ke Kuala Lumpur setelah 4 hari berada di Kelantan, sempena cuti hari Wilayah dan Thaipusam. Saya cuba mencari masa terluang untuk ke beberapa kedai buku terkenal┬ádi Kota Bharu selama berada di sana seperti di SMO dan Popular – masing-masing di KB Mall dan juga di Syarikat Jaafar Rawas, Kota Bharu. Pencarian saya terhadap karya-karya berunsurkan buku tentang buku dan juga yang bersifat kesusateraan – persuratan Melayu amat kurang dan banyak yang tidak dijumpai. Tetapi suasana di kedai Buku tetap menyenangkan hati saya, cuma pihak kedai buku belum menjadikan kedai mereka ‘mesra pembaca-penggila buku’ kerana beberapa kemudahan asas untuk penggila buku seperti tempat duduk atau bangku…