• Masyarakat

    CATATAN TENTANG HIMPUN 812!

    Himpunan berakhir dengan aman. Beberapa komentar saya mengenai Himpun 812 sebagai respons kepada segolongan ahli masyarakat yang tidak berapa gemar dengan perhimpunan seumpama ini: 1. Biarlah orang nak berhimpun. Kita hormat walau berbeza pandangan. Itu kaedah dan salah satu cara menyampai kesedaran. Saya pun tidak kisah orang tidak setuju dengan status saya ini. 2. Kerana saya percaya, satu hari nanti, apa yang kita benci, kita mungkin akan gunakan juga kaedah berhimpun ini. Selagi mana kaedah itu beradab boleh beri impak kebaikan. 3. Himpunan ini mungkin tidak beri kesan kepada kita, tapi ia beri kesan kepada orang lain yang sedang mahu mencari kebersamaan dan proses membuat ‘alignment’ kepada apa yang dipercayai…