• Bibliofil

    OD 1234: Coretan Pada Ketinggian 15,000 Kaki!

    Aku sedang mengalami satu perasaan yang sukar untuk diterjemah melalui kata-kata. Cukuplah aku beritahu bahawa isteri aku bakal melahirkan anakku yang kedua pada ketika ini – bila-bila masa sahaja. Pagi tadi aku tidak perasan, 4 ‘miss call’ yang aku terima ialah petanda awal dari isteriku supaya aku bersedia untuk pulang pada bila-bila masa. Aku terus beri SMS kepada Wan untuk membelikan tiket penerbangan ke Kota Bharu – mana yang paling awal. ************* Sejurus OD 1234, penerbangan Malindo Air terapung di udara, aku terbayang para penumbang pesawat malang MAS, MH 370, MH 17 dan penerbangan Air Asia QZ 8501. Ajal itu pasti. Di mana dan bila adalah rahsia yang amat besar.…