• FTA/TPP

    Kenyataan Media: KAJIAN PBB MENUNJUKKAN MALAYSIA RUGI DALAM TPPA

    Satu kertas kajian baru oleh seorang pakar ekonomi kanan PBB telah membuktikan Malaysia secara terang tidak akan mendapat manfaat besar dari segi nilai tambah perdagangan domestik sekiranya menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan mungkin merugikan buat beberapa industri tertentu. Dalam laporannya, Rashmi Banga dari Unit Kerjasama Ekonomi dan Integrasi di kalangan Negara-negara Membangun (ECIDC) mengatakan Malaysia akan mempunyai kelemahan imbangan dagangan (BOT, didefinisikan sebagai eksport tolak import) dari AS$300 juta setahun, kira-kira RM900 juta setahun ke Amerika Syarikat. Ini adalah rendah berbanding dengan apa yang sedia ada sekarang. Ini bermakna walaupun kerajaan menegaskan TPPA sebuah perjanjian di mana “keuntungan melebihi kos” dan sering menguar-uarkan ini kepada media, ia sebenarnya…

  • FTA/TPP

    Pelancaran Buku TPPA: Sejarah Buat MTEM dan Malaysia

    Tanggal 11 Julai 2014 yang lalu, satu peristiwa sejarah bagi pihak Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) khasnya dan Malaysia am-nya telah berlangsung Majlis Pelancaran Buku “TPPA: Malaysia Is Not for Sale”. Karya ini adalah hujah terperinci tentang mengapa Kerajaan Malaysia perlu waspada dengan TPPA. Pada saya, ia adalah karya wajib kepada semua aktivis masyarakat untuk memahami impak TPPA ke atas masyarakat andai Malaysia mengikut terma-terma yang diingini oleh negara Maju seperti AS dan negara-negara lain.  Jika boleh, kita ditelusuri sedikit sejarah tentang bagimana isu TPPA ‘meletup’ di Malaysia. Pada peringkat awal TPPA, sudah ada NGO-NGO lain yang memperjuangkan isu TPPA secara konstruktif dan terlibat secara aktif dengan pihak Kerajaan untuk memberikan…

  • FTA/TPP

    KENYATAAN MEDIA KEDUA MTEM BERHUBUNG TPPA

    No. Ruj: MTEM/TPPA/2013/002 Tarikh: 30 Mei 2013  KENYATAAN MEDIA MTEM MENGULANGI DESAKAN AGAR KERAJAAN MALAYSIA KELUAR DARI PERUNDINGAN PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS PASIFIK (TPPA)  MTEM sekali lagi mahu mengulangi desakannya sebagaimana yang telah disiarkan didalam kenyataan media kami bertarikh 14hb Mei 2013; iaitu agar Malaysia keluar dari Pakatan Perjanjian Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement, TPPA).  2.  Gesaan MTEM telah mendapat sokongan padu dan berterusan daripada pelbagai pihak dan MTEM menerimanya sebagai petanda positif bahawa kami tidak bersendirian dalam mempertahankan hak warganegara serta kedaulatan ibupertiwi.  3.  Kenyataan MTEM itu juga telah mendapat jawapan segera daripada MITI, “sebuah badan kerajaan yang begitu kuat menyokong TPPA”.  Pada pandangan kami, MITI terlalu kuat berpaksi kepada prospek…