• Masyarakat,  Politik

    Kompilasi Mentaliti Ahli Politik, Pemimpin Masharakat & Masharakat Zaman Dinasour

    ************** NGO ekonomi Melayu yang ada ciri-ciri pemusnah bangsa ialah suka membodek kerajaan dan berpegang kepada prinsip┬áHARAM mengkritik kerajaan. Jika mengkritik, katanya susah dapat projek, susah dapat grant, kerajaan sudah banyak berjasa. Pendek kata, hidup akan menjadi susah jika mengkritik kerajaan. ************* Andai menjadi susah sekalipun, ia adalah suatu yang terpuji kerana berani mengkritik disaat yang lain hanya pandai mengipas. Kepada anak muda yang bercita-cita hendak jadi ahli politik masa depan, janganlah anda guna taktik sekat-menyekat rezeki orang melalui amanah kuasa yang diberikan oleh rakyat, kerana tabiat ini hanya menampakkan kebebalan anda sebagai ahli politik. Pandangan orang terhadap orang seperti ini umpama komputer zaman 90-an. Ia sudah tidak digunakan lagi,…