• Bibliofil

    Ulasan Novel “Mencari Locus Standi”

    Jujurnya, sudah lama saya tidak memberi fokus membaca dan menyudahkan sebuah novel. Oleh itu, pada tahun 2015, saya mensasarkan untuk menghabiskan bacaan, baik berbentuk novel, kumpulan cerpen mahukan sebarang puisi atau apa sahaja buku yang akan saya mulakan pembacaannya pada 2015. Karya Nisah Haron berjudul Mencari Locus Standi menjadi bacaan Novel saya yang pertama pada tahun 2015. Mengapa saya memilih novel ini? 1. Merupakan Pemenang Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003. Bahkan menurut penulisnya, ia merupakan Novel sulung garapan beliau. 2. Rasional pertama tidak cukup untuk saya buat keputusan memilih novel ini sebagai bacaan saya. Oleh sebab itu, rasional saya membaca novel ini adalah kerana ia berkisar tentang perebutan harta…