• Alam Sekitar

    Rencana: Ekopsikologi sebagai Alternatif Tingkat Komitmen Terhadap Alam Sekitar

    Saya berkongsi rencana di bawah sebagai proses saya mahu memahami apa itu ‘EKOPSIKOLOGI’. Akan datang, saya berminat untuk menulis refleksi kefahaman saya mengenai perkara ini dengan lebih jelas: SUDAH pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan komitmen umum termasuk belia terhadap alam sekitar terutama amalan gaya hidup mesra alam, namun masalah alam sekitar terus berlarutan sehingga pada hari ini. Semakin banyak tanah digondolkan bagi tujuan pembangunan, pusat pembuangan sampah semakin kritikal, pembaziran air, isu jerebu dan sebagainya. Semakin tinggi pengetahuan dan kesedaran seseorang individu tentang alam sekitar, belum menjamin akan diterjemahkan kepada tindakan. Kajian daripada pakar ekopsikologi menyatakan tingkah laku distruktif manusia terhadap alam sekitar adalah disebabkan kewujudan jurang dalam hubungan di…