• Pengurusan Harta

    Contoh Kes Insurans Ditolak: Penting Tenaga Profesional Penasihat Kewangan/Harta

    (Jangan lupa baca komentar saya selepas selesai membaca artikel ini) JOHOR BAHRU – Seorang bapa dari Taman Putri Kulai, dekat sini terkilan apabila syarikat insurans terkemuka yang dicarum untuk anak sulungnya sejak lima tahun lalu enggan membiayai kos pembedahan rawatan hernia untuk anak lelakinya itu. Mohd Azlan Mohd Tab, 33 berkata, pihaknya merasa teraniaya dengan syarikat insurans berkenaan yang sebelum ini menjanjikan perkhidmatan perlindungan berterusan, namun permohonan membiayai kos rawatan anaknya ditolak. Mohd Azlan berkata, dia mula mencarum insurans berkenaan menerusi pelan berkelompok untuk keluarganya bermula Mei 2010 dengan bayaran RM100 sebulan sebagai langkah perlindungan awal. “Pada Mei lalu, saya telah membawa anak saya berusia lima tahun ke sebuah klinik…

  • Kewangan Islam

    Senarai Penerima Anugerah Sidang Kemuncak Takaful Antarabangsa Kali ke 8

    Sidang Kemuncak Takaful Antarabangsa ke-8 atau “8th International Takaful Summit” (ITS) baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Acara tahunan gilang-gemilang yang menghimpunkan para pemain industri takaful seluruh dunia itu telah diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. Penganjuran ini adalah kali pertama dibuat di Abu Dhabi. Enam tahun pertama penganjurannya, ia diadakan di London dan tahun ketujuh pula di Mesir. Selain menghimpunkan para pemain industri, pentas-pentas forum turut disusun sepanjang dua hari Sidang Kemuncak yang bermula 25 Februari 2014 dan berakhir pada 26 Februari 2014. Antara yang terlibat ialah Dato’ Mohammed Hassan Kamil, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Takaful Malaysia. Selain daripada itu, upacara penyampaian Anugerah Takaful Antarabangsa 2014 turut disempurnakan. Berikut…