• Kempen

    #TanpaAirBungkus : Hari ke Empat Belas

    Malam tadi, aku buat silap. Aku ingat botol air aku penuh berisi air. Jadi aku ke program KUBU bawa botol air yang disangkakan penuh berisi air di dalam beg. 2. Tengah asyik dengar Khairul Anam dan Fathi Aris bagi komentar, aku mula rasa dahaga. Aku capai beg dan ambil botol air. Alamak! Aku tak isi air! Botol kosong. 3. Apa pilihan yang aku ada? Pertama; beli air macam biasa. Air itu nanti dimasukkan dalam bekas kertas. Kedua; beli air dan gunakan bekas yang aku bawa. Ketiga; tak payah beli. 4. Pilihan ketiga menarik. Sebab aku bukan sahaja dapat jimat duit, tapi juga kurangkan gula pembunuh dalam badan. 5. Pilihan pertama…

  • Kempen

    #TanpaAirBungkus : Hari Ke Sembilan; Kisah Gua Musang 1

    Sempena aku menjalankan kempen ini secara berterusan, aku hendak bercakap tentang apa yang berlaku di gua Musang sekarang. ~ Kisah hutan di Gua Musang yang digondolkan untuk dapatkan balaknya oleh pembalak yang diberi lesen kerajaan negeri, sudah mula mendapat perhatian rakyat Malaysia. ~ 2. Sebenarnya, benda ini hanya simptom kepada faham hubungkait antara Insan-Alam dan Ad-Deen. 3. Bila yang melibatkan hak2 OA tidak terbela, kestabilan pembenam karbon dan sebagai kawasan tadahan hujan (yakni hutan), diambil mudah atau terlepas pandang, bermakna faham2 penting tentang ad-deen tidak berjaya dihayati pemimpin Islam PAS. 4. Semua yang terbongkar ini bukan baru sehari dua, yop. 5. Berilah apa-apa justifikasi sekalipun hangpa hennak pertahankan kerajaan Islam,…

  • Kempen

    #TanpaAirBungkus : Hari Kedua

    Hari kedua Agak ‘cool’ bila dapat capai objektif semalam. Apa yang aku dapat semalam? 1. Jimat minimum rm2.70. 2. Tak menyumbang kepada pencemaran tanah, sungai dan dara bagi setin air yang dibuang lepas digunakan. 3. Tanda protes pengeluaran air bungkus. Hei, kalau semua ada keinginan dan kemahuan sama buat macam ini ramai2, corak pwngeluaran pasti berubahlah! Hanya nak atau tak nak. Hari ini sambung kempen #tanpaairbungkus Hari kedua.

  • Kempen

    #TanpaAirBungkus : Hari Pertama

    Hidup Tanpa Air Bungkus Haha. Pelikkan? Tak hebat manapun buat benda ini. Hal kecil dan remeh. Tapi kalau ini pun tak buat, aku ragu dengan diri aku untuk jaga alam sekitar bagai. Haha. Ini eksperimen hidup aku. Orang bandar, yang selalu bergerak ke sana-sini. Aku dah terbiasa beli air tin atau kotak. Kalau nak sarapan, beli susu kotak. Kalau mengantuk, beli air kopi tin. Aku amalkan hampir setiap hari. Cuba bayangkan; 1 hari = 1 tin / 1 kotak (purata) 1 minggu ( 5 hari × 1 kotak/tin)= 5 kotak/tin 1 bulan (20 hari bekerja × 5 kotak/tin) = 100 kotak/tin 1 tahun (12 bulan × 100 tin/kotak) = 1200…

  • Masyarakat

    Melawan Kosumerisme Tidak Semudah Berkata-kata

    Sebenarnya tidak semudah tulis status di media sosial untuk lawan konsumerisme ini. 1. Kita kurang contoh depan mata. 2. Untuk ikut Rasulullah pula; ramai yang tidak baca sirah dan tidak datang pengajian. Jika ada sekalipun, sehingga hari ini, saya tidak pernah dengar yang mengaitkan sirah Nabi dan cabaran masani (konsumerisme) serta cara bagaimana hendak hadapinya. Kecuali dalam kelas WISE bila Dr Farid Shahran, Dr Adi Setia dan beberapa Guru2 WISE yang lain menyulam isu2 ini dan diberikan kefahaman kepada para pelajar WISE. 3. Ya. Betapa holistiknya ad-Deen ini, penyakit serta cara mengubatinya harus dipanjangkan dalam bentuk gaya hidup bagaimana yang seharusnya diamalkan. 4. Contoh macam mana?: apa alternatif/cara minimumkan sampah dan…