• Ulama'

    Catatan Pengalaman Bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz

     Hari ini adalah hari kedua pemergian TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Suasana kelam, pilu, hiba menyelubungi seluruh rakyat Malaysia, terutama sekali sudah tentu buat para pendukung perjuangan PAS dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali Allahyarham atau pernah berpengalaman merasa sentuhan tadib walau barang sekejap. Aku mengenal sosok tubuh mulia ini secara tepatnya mungkin pada umurku belasan tahun. Ketika itu aku mengenal perjuangan PAS daripada seorang sahabat, aku mengenal hudud dan apa itu hukum Islam. Tidak dinafikan juga, pemahaman aku ketika itu adalah pemahaman yang bersifat permukaan. Aku senang sekali menanggapi istilah ‘sekular’ dengan memahaminya sebagai sebuah kerajaan yang tidak laksanakan hudud! Jangan gelak. Itu pemahamanku ketika belasan tahun. Ketika…