• Bibliofil

    Ulasan Ringkas: Biblioholisme karya Tuan Shaharom TM Sulaiman

    Tidak terkata. Melihat muka hadapan buku ini sahaja, sudah boleh menerbitkan rasa senang dan lapang dada. Karya ‘berhantu’ ini sudah saya khatam sebanyak dua kali. Banyak fata-fakta dan pengalaman serta tip-tip penting mengenai dunia buku dan pencintanya terdapat di dalam karya setebal 106 muka surat ini. Penulis berjaya menerbitkan rasa ingin tahu dihati pembaca seperti saya sehinggakan saya sanggup ‘membuuang masa’ membaca berulang kali. Salah satu petikan yang amat menarik dan mendalam ialah: “Bacalah untuk menerangi hidup anda, membunuh kejahilan anda, bahkan untuk menguasai dunia dan akhirat. Rasanya tidak ada lagi alat yang tarikannya sebagai “penghidup”, “penyaksi”, dan “perakam” kepada kelangsungan peradaban manusia melainkan BUKU. Oleh sebab itulah, buku layak…

  • Bibliofil

    Ulasan Novel “Mencari Locus Standi”

    Jujurnya, sudah lama saya tidak memberi fokus membaca dan menyudahkan sebuah novel. Oleh itu, pada tahun 2015, saya mensasarkan untuk menghabiskan bacaan, baik berbentuk novel, kumpulan cerpen mahukan sebarang puisi atau apa sahaja buku yang akan saya mulakan pembacaannya pada 2015. Karya Nisah Haron berjudul Mencari Locus Standi menjadi bacaan Novel saya yang pertama pada tahun 2015. Mengapa saya memilih novel ini? 1. Merupakan Pemenang Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003. Bahkan menurut penulisnya, ia merupakan Novel sulung¬†garapan beliau. 2. Rasional¬†pertama tidak cukup untuk saya buat keputusan memilih novel ini sebagai bacaan saya. Oleh sebab itu, rasional saya membaca novel ini adalah kerana ia berkisar tentang perebutan harta…