• Usahawan Tulen

    Fauzi: Pertemuan Di Ali Maju Setiawangsa

    Petang semalam berpeluang berjumpa dengan Fauzi. Sudah lama tidak bertemu. Pertemuan hampir sejam itu, kami isi dengan mengemaskini aktiviti yang sedang kami lakukan. Tujuan asalnya, Fauzi ingin berkongsi info tentang sebidang tanah yang terdapat di Batu Karang, Selangor. Tanah seluas 3 ekar itu, menurut beliau, ingin dibangunkan untuk projek penternakan lembu – sebuah perancangan sejak kami (Saya, Fauzi dan Fazlin) sedari tingkatan 3 lagi. Kisah ini tercetus bila masing-masing merancang untuk melanjutkan pelajaran tingkatan 4 di sekolah teknik. Jujurnya, saya mengikuti kursus Pengajian Keusahawanan di Teknik Persiaran Brash atas pengaruh perancangan projek kami ini. Bahkan, kerja kursus saya -kami perlu buat Rancangan Perniagaan- di tingkatan 5 bagi subjek Pengajian Keusahawanan…