• FTA/TPP

    Respon MITI Merujuk Kepada Artikel Utusan Malaysia

    Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ingin merujuk kepada sebuah artikel dalam Utusan Malaysia bertarikh 15 Mei 2013 bertajuk “TPP : MTEM desak Kerajaan tarik diri”. Di dalam artikel tersebut penulis telah membangkitkan beberapa isu berhubung dengan implikasi TPP kepada peniaga tempatan, TPP bertentangan dengan perlembagaan negara dalam aspek melindungi kedaulatan negara dan MITI tidak pernah mendedahkan isi kandungan TPP.  Isu 1: Implikasi TPP kepada Peniaga Tempatan Sebagai sebuah negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, Malaysia perlu meneruskan usaha untuk meningkatkan perdagangan supaya mampu bersaing di peringkat global. Ini selaras dengan transformasi negara untuk mencapai matlamat sebagai negara berpendapatan tinggi. Oleh itu, Malaysia memerlukan persekitaran perdagangan yang lebih liberal dan…