• FTA/TPP,  Globalisasi EKonomi

    Tulisan Pasca 26 dan 27 Januari 2016: Akhirnya TPPA ‘ARROVED’ di Parlimen Malaysia!

    26 dan 27 Januari 2016 adalah tarikh yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Satu perjanjian gergasi yang disertai Malaysia beserta 11 buah negara yang lain, telah dipersetujui secara majority ahli parlimen untuk Malaysia menanda tanganinya. Secara tepatnya; 127 Ahli Parlimen bersetuju manakala 84 Ahli Parlimen tidak bersetuju. Kita boleh berbicara panjang perihal pro dan kontranya TPPA ini. Tetapi yang jelasnya, kerajaan Malaysia tidak cermat dalam proses mendapatkan info dari akar umbi berkenaan kewajaran dan kesediaan Malaysia sama ada untuk menyertai TPPA atau tidak. Dua buah kajian yang dilakukan secara berasingan iaitu Analisis Kos dan Manfaat (khusus kepada SME dan Bumiputera) dilakukan oleh agensi TERAJU melalui konsultan bebas yang dilantik…

  • Globalisasi EKonomi

    Cabaran Politik & Perundangan Untuk Merealisasikan AEC

    Saya amat berminat juga untuk peduli berkenaan isu Perjanjian Perdagangan Antarabangsa atau dalam bahasa Inggerisnya disebut ‘Free Trade Agreement’. Dalam ‘posting’ saya terdahulu, saya banyak berkongsi perihal salah satu perjanjian antarabangsa yang sedang dirunding oleh Malaysia bersama dengan 11 buah negara yang lain iaitu Trans Pacific Partnership Agreement. Seperti sedia maklum, pada 2015, Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN. Persidangan tersebut dianggap sangat penting kerana tahun 2015 merupakan ‘tarikh akhir’ untuk terlaksananya apa yang dipanggil Komuniti Ekonomi ASEAN atau ‘ASEAN Economic Community’ (AEC). Walau bagaimanapun, terdapat banyak isu yang belum dapat diselesaikan dan perlaksanaan agenda penting ini memerlukan kerjasama dan komitmen semua negara ASEAN yang terlibat.…

  • FTA/TPP,  Globalisasi EKonomi

    Setengah Hari di MATRADE

    Pagi ini saya berpeluang untuk menghadiri Smeinar ‘Updates on Malaysia Australia Free Trade Agreement (MAFTA)’ anjuran MITI di Menara MATRADE. Seminar tersebut bertujuan untuk menyebarkan peluang-peluang perniagaan yang ada dan apa manfaat yang boleh dinikmati oleh para pengeksport Malaysia; melalui Perjanjian Perdagangan bebas ini. Ini merupakan pengalaman kali pertama saya menghadiri program seumpama ini. Seolah-olah saya merasai bahawa saya adalah salah seorang pengeksport! Banyak yang saya dapat pelajari, terutamanya sebagai asasnya ialah memahami mengapa FTA atau Perjanjian perdagangan bebas ini amat berguna bagi sesebuah negara. Menurut MITI, FTA bertujuan untuk mewujudkan persekitaran perdagangan global yang adil dan liberal sifatnya. Menurut MITI lagi LIBERAL adalah POLISI MALAYSIA yang sedang diimplementasikan melalui…

  • Globalisasi EKonomi

    Kumpulan Bilderberg

    Mesyuarat Bilderberg. Mesyuarat Bilderberg diambil bersempena sebuah hotel di Belanda; tempat di mana mesyuarat kali pertama di adakan pada bulan Mei 1954. Mesyuarat ini unik kerana ia dibuat secara ‘off-record’. Segala perbincangan yang berlangsung hanya habis di meja perbincangan. Siapa yang menghadirinya? Para hadirin terdiri daripada para pemimpin negara, ahli-ahli politik, para pemain industri dan institusi kewangan, pemimpin persatuan perniagaan, para diplomat, dan wakil-wakil media yang berpengaruh; dari seluruh dunia. Semua peserta mesyuarat yang hadir adalah melalui jemputan khas. Tiada jemputan, tidak boleh turut serta. Kumpulan tanpa keahlian yang tetap ini dipercayai sangat berpengaruh di Eropah dan memainkan peranan penting dalam membincangkan segala isu-isu pokok yang sedang dihadapi. Sehingga tahun…

  • Globalisasi EKonomi

    Globalisasi Ekonomi: Bretton Wood dan Majlis Hubungan Luar AS

    Pagi ini saya meneruskan pembacaan tentang Kes-kes yang Menentang Ekonomi Global; Menyoroti sejarah globalisasi dunia modern yang melibatkan AS sebagai pemain utama, boleh dilihat ke belakang sejak Perjanjian Bretton Wood. Bahkan lebih awal dari itu sekitar 1930-an, ialah peranan Majlis Hubungan Luar AS. Antara keputusan Majlis itu; sekitar 1941 ialah AS memerlukan akses mudah/percuma kepada pasaran dan sumber ekonomi dari hemisfera Barat, duniia Timur dan Empayar british. Selain itu majlis turut membuat satu ‘outline’ memorandum tentang ‘Grand Area’, iaitu bahagian-bahagian dunia yang pihak AS perlu mendominasi secara ekonomi dan ketenteraannya bagi memastikan mereka memperolehi sumber2 bahan mentah untuk industri2nya.