Usahawan Tulen

Di Mana Produk IKS dalam Pasaran??

Malaysia International Commodity & COnferences 2013 atau singkatannya MICCOS sedang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). program yang bermula Khamis lepas akan berakhir pada petang ini jam 6.

Ini program dwi tahunan bagi Institut Industri Perladangan & Komoditi yang sangat penting bagi para pengeluar, peladang kecil, usahawan, pengilang dan semua agensi yang berkaitan dengan industri tersebut.

Program yang kita boleh anggap lebih kurang sama fungsinya dalam usaha menyediakan wasilah/sarana kepada para usahawan bertemu dengan para pelanggan yang berpotensi ialah dalam acara MAHA atau Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show. Program ini juga dwi tahunan.

Jika MAHA yang terakhir adalah pada 2012, bermakna MAHA seterusnya adalah pada tahun hadapan, 2014. Kedua-dua acara ulung ini pasti sentiasa dinanti-nantikan oleh para usahawan.

Semalam, saya berpeluang menjadi sebahagian daripada peserta pameran. Saya mewakili EMD Concept Sdn Bhd bersama dengan beberapa orang rakan niaga, mempamerkan produk keluaran kami iaitu Madu db Acacia. Madu 100% mentah lagi asli yang sangat jarang dijumpai pada hari ini.

Bukan untuk saya bercakap panjang tentang madu di sini kerana saya sudah menyediakan sarana online yang diperlukan untuk perkara ini seperti berikut:

www.madumalaysia.wordpress.com; dan

www.facebook.com

Sekiranya ada yang ingin membuat tempahan, boleh berkunjung ke laman-laman sesawang di atas.

Cuma dalam penulisan separa serius ini, saya ingin berkongsi rasa hati terhadap golongan para peniaga IKS yang mempamerkan produk mereka dalam mana-mana acara pameran seperti di MAHA dan MICCOS.

DI MANAKAH MEREKA SELEPAS EKSPO?

Itu persoalan yang bermain dalam zihin saya.

Dalam setiap acara pameran terdapat lebih 200 peserta pameran yang sudah tentu mempunyai paling kurang 200 produk yang berbeza, tetapi sejurus selepas selesai pameran, mereka akan lesap dari radar para pengguna.

Saya lihat sendiri, produk-rpoduk mereka bukan calang-calang. Sesetengah daripada produk mereka, saya kira mampu menjadi pesaing hebat untuk produk-produk yang di import.

Tetapi selepas pameran, lesap.

Ada peniaga yang sempat ditanya perihal isu ini dan antara jawapan mereka ialah, mereka adalah peniaga baru, jadi penawaran masih terhad. Mereka bimbang jika dipasarkan secara meluas, akan terdapat masalah dari sudut penawaran.

Mungkin ada lagi cabaran-cabaran lain yang turut dihadapi oleh mereka, akan tetapi saya lihat cabaran para usahawan untuk memastikan berlakunya pengeluaran yang konsisten perlu diatasi segera.

Di luar sana, saya pasti mempunyai cabaran yang sama.

Saya tidak bercakap perniagaan-perniagaan yang besar, tetapi saya maksudkan para peniaga IKS (industri kecil & sederhana). Mereka ini berpotensi besar dan harus dibantu, baik melalui JV, mahupun rakan kongsi. perkongsian modal harus ada. Para usahawan besar harus turun membantu peniaga IKS dan melihat potensi mereka.

Pada masa yang saya, tidak dinafikan, ada kalangan peniaga IKS tidak mempunyai skil yang diperlukan dalam perniagaan sehingga menyebabkan mereka kehilangan pelanggan ataupun tidak pandai memasarkan produk mereka.

Ada juga usahawan yang mengatakan mereka mempunyai peluang pasaran yang rendah. Oleh kerana itu produk mereka tidak diketahui ramai.

Bagi perniagaan yang sudah layak ke peringkat tinggi seperti ‘hi-tech’, mereka juga mempunyai cabaran lain, iaitu pilih kasih. Akhirnya usahawan kita tidak ke mana.

Sesuai dengan semangat untuk memastikan kesamarataan (baca:adil) dapat dicapai, golongan-golongan ushaawan di atas harus dibantu dengan serius.

Kerajaan mempunyai pelbagai agensi untuk membantu para usahawan. Mereka juga mempunyai pelbagai program untuk membantu usahawan. Pada masa yang sama, usahawa pula mengadukan cabaran yang mereka alami apabila berurusan dengan agensi-agensi.

Maka persoalan baru, benarkah agensi-agensi ini efektif?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *