Site Overlay

TPPA Bagus Untuk Malaysia?*

Saya mendapat seorang kenalan baharu pada minggu lepas. Beliau bertanyakan perihal TPPA. Lalu saya kongsikan secara ringkas tentang apa itu TPPA. Fakta2 yang saya berikan dalam penerangan ringkas ini adalah hasil perbincangan dan pengalaman kecil saya selama berhadapan dengan isu TPPA ini.

¬†1. TPP adalah singkatan kepada Trans Pacific Partnership Agreement. Merupakan 1 evolusi perjanjian perdagangan bebas (FTA). Sehingga September 2013, sudah 19 pusingan siri rundingan berlangsung. TPPA menjadi kontroversi bagi negara2 terlibat kerana ia dilakukan secara rahsia. Bahkan jika dibandingkan dengan US MALAYSIA FTA yang pernah Malaysia hendak tandatangan dahulu (2008 Malaysia tarik diri kerana US tidak dapat berkompromi untuk buang bab Perolehan Kerajaan), siri rundingan US MALAYSIA FTA lebih telus apabila MITI ‘engage’ dengan stakeholder seperti industrial player..

2. TPPA adalah evolusi FTA yang bukan biasa2 kerana ia melibatkan bab2 yang kontroversi bagi mana2 negara membangun untuk terlibat. Sebagai contoh bab perolehan Kerajaan (yg akan buka persaingan tender kerajaan kepada 11 buah negara lain)..juga bab intellectual property right atau IPR(US ‘propose’ supaya paten ubat2an penting untuk kegunaan orang awam seperti kanser, HIV, leukimia dan lain-lain supaya dipanjangkan. Bila dipanjangkan, ia akan mengakibatkan pembangunan ubat2 generik (lebih murah hingga 60% berbanding ubat original walau khasiat sama) terbantut. Seterusnya masharakat perlu tanggung kos yang mahal utk mendapatkan bekalan ubat.

3. Sehingga kini, selama hampir 3 tahun perundingan (2010 hingga 2013), hanya ada 1 ‘cost & benefit analysis’ yang disiapkan. Selepas didesak oleh pihak2 berkepentingan seperti kumpulan¬†#bantahTPPA, MITI dalam proses siapkan CBA yg dibuat oleh TERAJU dan ‘National Interest Analysis’ (NIA). Bahkan #bantahTPPA konsisten untuk minta MITI lakukan ‘ngagement’ sebenar2nya dgn semua stakeholder. Majlis Tindakan Ekonomi melayu (MTEM) dengan kerjasama Yayasan Kepimpinan Perdana turut menganjurkan Roundtable on TPPA dan mengeluarkan 75 Redlines sebagai saranan kepada Kerajaan berupa pendirian agar kerajaan tidak kompromi ruang polisi yang ada.

4. Pendek kata, TPPA boleh jadi bagus jika US boleh menerima pendirian negara2 membangun seperti Malaysia. Pada masa yang sama, adalah mustahil untuk US bersetuju kerana mengikut FTA2 lepas, k3mahuan US hampir sama dan tidak berganjak. Adakah Malaysia mampu pertahankan kedaulatan Malaysia andai tanda tangan TPPA?

5. TPPA ada 29 bab. Dalam mana2 FTA biasa, ia hanya melibatkan isi perdagangan seperti Akses Pasaran, tariff dan yang seangkatan dengannya. Tapi, TPPA menggunakan ‘template’ perjanjian seperti NAFTA yang bukan sekadar isu perdagangan tapi melibatkan ruang2 polisi. Menurut pakar undang2 perdagangan antarabangsa, dalam 29 bab TPPA, Hanya sekitar 6 atau 7 bab sahaja yang melibatkan perdagangan…yang lain adalah melibatkan ruang polisi sesebuah negara.

6. Jika ada yang ingin tahu lagi, amat berbesar hati untuk kongsikan. Wallahu alam.

Saya mahu kekalkan catatan ini, kerana itu saya masukkan dalam blog. Walau apapun, ia hanya berupa ringkasan.

*Tajuk ini diberikan sebagai pertanyaan asas ketika status ini dibangkitkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes