Site Overlay

1MDB: Isu yang Genting dan Perlu Penyelesaian Segera

Semua sibuk isu 1MDB. Isu ini hangat kerana berkait dengan isu wang rakyat, ketelusan pengurusan sebuah syarikat kaitan kerajaan dan juga kejujuran sebuah parti politik mentadbir negara. Isu ini juga terpalit dengan persepsi bahawa terdapat usaha dari pihak luar untuk berkonspirasi menjatuhkan kerajaan Malaysia di bawah Barisan Nasional.

Juga wujud persepsi bahawa badan-badan penyiasat diganggu gugat daripada menjalankan penyiasatan dengan telus. Termasuklah tindakan DS Najib merombak kabinet baharu dengan menggugurkan beberapa orang penting seperti Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Semua tindakan ini semakin mengelirukan rakyat sebenarnya.

Bahkan saya fikir ini turut memberi kesan kepada kejatuhan nilai mata wang Malaysia (RM) ke tahap paling melebihi RM3.88 pada hari ini (5 Ogos 2015).

Semua ini harus berakhir segera. Isu yang kompleks ini harus berakhir segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2020 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes