Bibliofil

Papa Pendorong Utama, Penyubur Minat Membaca si Anak

Kisah 1

Saya masih ingat lagi, sewaktu buku ‘Doctor in The House’, kali pertama diterbitkan, Papa bertanya: “Dah beli buku terbaru oleh Tun Mahathir?”

Saya jawab: “Belum. Tapi ada cadangan hendak beli.”

Apabila pulang bercuti, tiba-tiba papa serahkan bungkusan plastik berisi buku tersebut.

Dia hadiahkan kepada saya.

Sungguh. Ia hadiah berharga dari seorang bapa kepada anak.

 

Kisah 2
Mengimbau kenangan sewaktu kecil, Papa berikan buku Fabel Aesop berbahasa Inggeris. Buku itu amat membantu saya dalam memperkaya perbendaharaan kata baharu bahasa Inggeris. Buku itu juga yang memperkenalkan sekian banyak crita-cerita rakyat dunia Barat yang masih segar diingatan sehingga kini.

Selepas itu, komik Doraemon menjadi bacaan mingguan saya.

“Sudah habis baca?”

Saya jawab, “Sudah.”

Kemudian kami singgah kedai mamak dan papa beli siri Doraemon seterusnya…

Kisah 3

Papa ada senaskah buku berjudul Hikayat Merong Mahawangsa, terbitan DBP. Papa kata buku itu dibeli sewaktu beliau mendapat tugasan sebagai seorang Radio Officer (RO) di kapal KD Mahawangsa untuk dibawa pulang ke Malaysia dari pelabuhan Korea Selatan sekitar 1981 (kalau tidak salah).

Papa kata, dia beli buku hikayat itu sebab ingin tahu tentang Merong Mahawangsa dan mungkin juga kaitan dengan pemberian nama KD Mahawangsa TLDM. Apabila orang tanya, maka dia tahu sedikit sebanyak tentang Merong Mahawangsa.
—-

Sedari muda, Papa memang ada kecenderungan kuat membaca. Saya datang dari situ. Syukur. Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *