Masyarakat

Masa itu Emas Halimunan

Siapalah yang tidak suka waktu menyendiri. Semua mahukan kualiti masa untuk menyendiri. Bagi yang bujang, masa emas mereka banyak. Namun bagi yang sudah berkahwin, masa untuk menyendiri amat mahal untuk dikecapi.

Ia umpama satu ruang yang mustahil untuk dikecapi melainkan dengan disiplin yang kuat.

Bagi buruh yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur, pengangkutan seperti LRT dan MRT umpama sebahagian daripada hidup. Bagi pengguna tegar seperti saya, secara purata, hampir 7 jam 30 minit seminggu diperuntukan untuk berdiri atau duduk dalam LRT untuk perjalanan pergi dan pulang dari pejabat.

Waktu menunggu boleh jadi waktu yang baik atau tidak baik bagi sesetengah individu.

Kita lihat jumlah waktu menunggu rakyat Amerika,menurut survey yang dibuat Timex:

Secara purata, 20 minit sehari masa menunggu untuk mendapatkan bas atau tren, 32 minit menunggu untuk bertemu doktor, 28 minit menunggu sewaktu beratur untuk semakan keselamatan ketika perjalanan, 13 jam masa menunggu untuk dilayan pihak khidmat pelanggan, 38 jam bagi setiap tahun menunggu dalam kesesakan lalu lintas, manakala lebih 50 jam dalam setahun masa menunggu bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar di AS!

Bagaimama dengan kita di Malaysia?

Contoh peribadi, setiap hari, hampir 1 jam 30 minit saya habiskan masa dalam LRT.

Inilah waktu saya untuk menyendiri, berfikir tentang diri dan keluarga, memasarkan madu asli, menulis atau membaca.

Ya. Masa itu emas. Jika minyak adalah emas hitam, madu asli adalah emas cecair, maka masa ialah emas yang halimunan sifatnya.

Masa menyendiri boleh jadi masa berproduktiviti tinggi atau sebaliknya.

Okay, saya sudah sampai destinasi. 50 minit perjalanan.

Sekian, nukilan Si Penunggu Dalam LRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *