Site Overlay

CERTOT: Mengimbau pengembaraan di Bumi kelahiran Durante di Alighiero degli Alighieri (atau Dante)

Langkah pertama masuk ke dewan untuk ‘set up’ reruai Delegasi Malaysia. Terima kasih Alia kerana merakam gambar kenangan ini.

“Masa untuk bekerja!” kukuh terpahat di kepala, tentang apa yang sedang difikirkan waktu melalui kaki lima menuju ke dewan.

‘Alia, tolong rakam gambar, boleh?’ Saya hulurkan kamera sambil tersengeh. Mujurlah Alia pandai rakam gambar.

Petang cuaca semakin sejuk. Kami masuk ke dewan menuju ke reruai tertera tanda nama MALAYSIA.

Tidak tergambar perasaan ketika itu, memandangkan ini kali pertama mengikuti delegasi Malaysia untuk memperkenal karya-karya kita.

Tapi saya tenangkan hati. Alia kan ada. Mona kan ada. Mereka akan bantu dan ajar.

Tidak lama lagi Bologna Children’s Book Fair akan kembali menjengah dunia perbukuan dan sastera kanak-kanak sedunia. Tapi aku tidak berpeluang hadir kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2019 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes