Site Overlay

Setengah Hari di MATRADE

20130327_112103

Pagi ini saya berpeluang untuk menghadiri Smeinar ‘Updates on Malaysia Australia Free Trade Agreement (MAFTA)’ anjuran MITI di Menara MATRADE. Seminar tersebut bertujuan untuk menyebarkan peluang-peluang perniagaan yang ada dan apa manfaat yang boleh dinikmati oleh para pengeksport Malaysia; melalui Perjanjian Perdagangan bebas ini.

Ini merupakan pengalaman kali pertama saya menghadiri program seumpama ini. Seolah-olah saya merasai bahawa saya adalah salah seorang pengeksport!

Banyak yang saya dapat pelajari, terutamanya sebagai asasnya ialah memahami mengapa FTA atau Perjanjian perdagangan bebas ini amat berguna bagi sesebuah negara. Menurut MITI, FTA bertujuan untuk mewujudkan persekitaran perdagangan global yang adil dan liberal sifatnya. Menurut MITI lagi LIBERAL adalah POLISI MALAYSIA yang sedang diimplementasikan melalui FTA-FTA yang ditanda tangani.

Di dalam seminar tersbeut, Pn Lin Azura selaku Principal Assistant Director bagi MAFTA, telah memberikan ucapan tentang FTA dan MAFTA. Melalui pembentangan beliau, saya mendapat gambaran asas tentang FTA yang dilakukan Malaysia; baik FTA yang sudah ditandatangai, yang sedang dalam tempoh perundingan dan juga perancangan FTA yang akan tandatangani pada masa hadapan.

Sehingga kini, Malaysia telah menandatangani:

A) FTA BILATERAL

1) Malaysia-Japan Economic Partnership Agreement (13 julai 2006)

2) Malaysia-Pakistan Comprehensive Economic Partnership Agreement (1 Januari 2008)

3) Malaysia-New Zealand FTA (1 ogos 2010)

4) Malaysia-India FTA (1 Julai 2011)

5) Malaysia-Chile FTA (25 Februari 2012)

6) Malaysia-Australia FTA (1 Januari 2013)

FTA BILATERAL yang sedang melalui proses perundingan ialah:

1) Malaysia-European union FTA

2) Malaysia-Turkey FTA

BILATERAL FTA yang baru dilancarkan ialah Malaysia-EFTA.

Selain daripada Bilateral FTA, terdapat juga Regional FTA yang telah ditandatangani iaitu:

ASEAN:

i) China

ii) Japan (Barangan)

iii) Korea

iv) Australia

v) New Zealand

vi) India

Manakala Regional FTA yang sedang dalam proses perundingan ialah:

1. Trans Pacific Partnership

2. Regional Comprehensive Economic Partnetship Agreement (ASEAN+6)

3. ASEAN-Japan Services and Investment Agreement

Semua di atas adalah FTA-FTA yang sedang dalam perundingan dan juga sedang dilaksanakan.

Termasuk dalam perjanjian yang sedang saya dan rakan-rakan MTEM usahakan untuk difahami ialah TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement).

Menurut MITI, TPPA adalah sebuah perjanjian yang sangat dinamik. Malah ia dianggap sebagai ’21st Century Gold Standard’! Gah sungguh gelaran yang diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2019 ALIFF BASRI. All Rights Reserved. | Catch Vogue by Catch Themes