• Keluarga

    Belajar dari Anak

    Ada satu peristiwa penting. JANGAN ULANGI. —- Hampir setiap malam, kak Long akan meminta saya buatkan susu. Malam tadi, kak Long minta susu seperti biasa. Tapi disebabkan keletihan, saya tertidur. Pagi tadi selepas mandi dan bersiap untuk ke sekolah, tiba-tiba kak Long bertanya; “Abi, kenapa abi tak buatkan susu Rumaisha malam tadi?” Apa yang kau rasa, sebagai bapa, anak kau bangkitkan keperluan dia yang tidak tertunai malam tadi? Bukan benda susah. Buatkan susu. Sumber kalsium si anak. Sebak saya dengar. Saya jelaskan pada dia bahawa saya mohon maaf sangat kerana tidak buatkan dia susu. Mungkin sebab kepenatan, saya tertidur dan dia juga tidur tanpa meminum susu. Saya sungguh-sungguh meminta maaf…

  • Dunia Buku

    Buku Masa Depan: Peluang atau Ancaman? (1)

    Jika boleh diberikan definisi ringkas bagi ‘buku masa hadapan’, ia merujuk kepada: medium pembacaan yang tidak terbatas kepada buku fizikal seperti yang kita fahami hari ini.   Pada ketika ini, medium membaca; majoritinya dicetak atas kertas.   Walau bagaimanapun, berlaku perubahan trend medium membaca pada hari ini. Ia bukan sekadar dalam bentuk fizikal (guna kertas), tapi turut meliputi medium lain seperti buku elektronik (buku-e), buku audio, realiti maya (virtual reality), ‘augmented reality’, video, permainan video (video game) dan lain-lain medium.   Apakah petanda perubahan ini boleh berlaku dengan pantas?   –> 24.5 juta pengguna Internet seluruh negara. –> 89.4% pengguna mengakses internet melalui telefon pintar. –> 28.5 juta langganan jalur…

  • Ekonomi

    Sepintas Lalu Tentang Richard Thaler: Pemenang Hadiah Nobel 2017 dalam Sains Ekonomi

    “For example, in 1981, Thaler and Santa Clara University’s Hersh Shefrin advanced an “economic theory of self-control” that describes economic phenomena in terms of people’s inability to control their impulses. Sure, people have no trouble motivating themselves to pick up a $10 bill that they might find on a sidewalk. There is no self-control issue there. But they will have trouble resisting the impulse to spend it. As a result, most people save too little for their retirement years. Economists need to know about such mistakes that people repeatedly make. During a long subsequent career, involving work with UCLA’s Shlomo Benartzi and others, Thaler has proposed mechanisms that will, as…

  • Bibliofil

    Dakwaan Yang Tidak Jelas dalam Penjahanaman Pemikiran Intelektual

    Sebagai orang awam, saya fikir, tidak mudah untuk membaca, mentelaah dan seterusnya mengkritik dengan cermat, terutamanya isi sesebuah karya yang rencam dan bersimpang-siur penghujahannya sebagaimana karya di bawah ini. Walau apapun, memadai setakat ini, dapat ketahui apa yang baik dan apa yang tidak kena pada penghujahan dalam sesebuah karya seperti karya di bawah ini; sebagai contoh, apabila penulis menghurai perihal istilah ‘teologi’ dan ‘agama’ dalam ‘Bab 14: Teologi Kultural dan Pengharapan Pada Kemanusiaan’. ‘Penerimaan massa ke atas teologi itu dikaitkan dengan kebenaran gagasan teologi itu, bersama-sama dengan kesolehan si pengajar dan penakrif teologi itu tadi seraya membuat klaim handal sebagai pewaris profetik yang terasal’. (Hlmn. 104) Persoalan lain timbul seperti penggunaan istilah…

  • Masyarakat

    Walau Jelas dan Benar Ilmunya, Tapi Masih ‘Tidak Tahu Apa Hendak Buat’

    Pada 3 Oktober 2017 yang lalu, sahabat saya, saudara Syafiq Borhanuddin menulis sebuah artikel berbahasa inggeris dengan tema keutamaan anak muda masani untuk memiliki sikap dan tindakan yang betul dalam memperjuangkan sesuatu agenda bermanfaat. Susulan dari itu, saya kongsikan respon awal saya mengenai artikel berkenaan: 1. Kekeliruan ilmu; seperti mana yang disebutkan Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas merupakan faktor utama mengapa kehilangan adab berlaku dalam hidup Muslim. 2. Kekeliruan ini menatijahkan sikap ‘tidak buat apa-apa’ sebab ‘tidak tahu apa hendak buat’ bila melibatkan nas-nas al-Quran dan hadith serta sejarah peradaban Islam yang berkaitan dengan Adab Pada Alam (APA). 3. Kekeliruan ini timbul dengan sangkaan bahawa; Islam adalah…

  • Alam Sekitar

    Sesaat Merenung Tentang Alam (01)

    Dalam mewujudkan masyarakat yang beramal pada Islam, salah satu aspek yang perlu dibuat adalah memahami bahawa insan sejagat sedang berhadapan dengan krisis iklim dan alam sekitar. Krisis ini semakin membarah kerana dipacu hebat oleh dunia sains dan teknologi. Sektor pengeluaran produk dalam ekonomi adalah faktor utamanya. Inovasi plastik, pembungkusan, bahan api fosil dan arang batu, kepelbagaian bahan kimia dalam bentuk makanan dan kosmetik; adalah ancaman insan sejagat. Jadi, apa yang perlu dilakukan? Semak semula corak kepenggunaan kita sehari-harian. Apa jenis produk yang dibeli? Sama ada menambah sampah atau mengurangkan sampah? Sama ada selamat untuk keluarga atau sebaliknya? Satu contoh ringkas, siapa sedar bahawa penggunaan botol air mineral pakai-buang menyumbang kepada pencemaran…

  • Alam Sekitar

    Tangkapan Akibat Bijih Bauksit

    Sehingga kini, sudah hampir satu tahun tujuh bulan keputusan moratorium dikuatkuasakan di kawasan perlombongan bijih bauksit. Pihak berkuasa masih belum dapat membuat keputusan penting mengenainya lagi. Akhirnya, pagi ini rakyat Malaysia digemparkan dengan penahanan 10 Kakitangan Jabatan Kastam di Raja Malaysia (JKDM) dan 9 kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG), pada tengah malam tadi. Mereka akan direman 7 hari untuk membantu siasatan kerana disyaki terlibat dengan perlombongan Bauksit secara haram di Pahang. BAUKSIT DAN MASYARAKAT Isu Bauksit mula mendapat liputan meluas di Malaysia sejak Julai 2015. Wacana tentang apa itu bauksit dan kegunaannya dalam sektor ekonomi, apakah masalah yang wujud apabila perlombongan bauksit ini semakin berleluasa di Pahang, apakah impak…

  • Bibliofil

    Apakah maksud ‘BUKU’?: Refleksi Menonton Movie A.I

    Coretan pagi Ahad. 1. Malam tadi menonton cerita lama. A.I (Artificial Intelligence). Seperti dahulu, ia masih memberi kesan emosi kepada penonton seperti saya. 2. Dahulu saya menonton kerana melihat kasih sayang antara robot dan manusia. Kali ini saya menonton dan terinspirasi melihat proses medium penyimpanan data oleh A.I dan ia diguna pakai oleh alien setelah 2,000 tahun A.I terhibernasi. 3. Visual yang terpamer menjadi kandungan penting untuk alien itu memahami cara hidup dan persekitaran serta emosi yang wujud zaman A.I itu hidup dengan manusia. 4. Lalu dengan maklumat2 tersebut, alien membina rumah dan prasaranan sebagaimana yang ada dalam simpanan memori A.I tersebut. 5. Hal ini membuatkan saya mengimbau bagaimana proses…

  • Kewangan Beretika

    Piawaian No. 57 AAOIFI: Lonjakan Baharu dalam Bidang Mu’amalat Melibatkan Emas

    Artikel berikut adalah respon balas kelahiran Piawaian No. 57 iaitu mengenai Emas dan Urusan Perdagangan Emas. Kelahiran Piawaian No. 57 itu dianggap suatu lonjakan baharu dalam arena Mu’amalat Islam hari ini kerana ia merupakan piawaian pertama yang akan menjadi rujukan dunia apabila melibatkan perdagangan(urusan jual-beli emas). Tambahan pula, pihak yang berusaha sedari awal untuk memulakan perbincangan mengenai perkara ini merupakan ilmuan dari Malaysia, iaitu Datuk Dr. Muhammad Daud Bakar dan tim Amanie Advisor. WHY ISLAMIC FINANCE IS SET TO TRANSFORM THE INTERNATIONAL GOLD MARKET By:  Raymond Michaels – International Banker After several years of rather unspectacular market activity, gold came roaring back in 2016. The year saw investment demand for…

  • Keluarga

    Usrah Dalam Kereta: Potensi, Hormat Kritis dan Semangat Zaman

    Kisah pagi tadi, dalam kereta. Seusai hantar anak-anak ke nurseri, saya buka topik pendidikan untuk anak-anak kami. Saya bangkitkan kepada isteri sama ada dia perasan atau tidak perkara yang berlaku sewaktu makan malam tadi. Situasinya; Semasa membaca doa makan, anak perempuan saya cakap, “Kalau lelaki baca doa macam ini (dia jarakkan ketika menadah tangan berdoa), kalau perempuan baca doa begini (sambil merapatkan kedua-dua tangan elok-elok).” Katanya lagi,”Cikgu ajar begitu.” Saya tidak berapa respon dan biarkan sahaja si puteri berkata sedemikian rupa. Saya hanya senyum dan berkata,’Oh ya ka? Baik-baik. Jom makan!” Rupanya isteri saya juga sedar akan situasi tersebut. Lalu kami berbincang, agak-agaknya apa tindakan yang sesuai sebenarnya untuk menghadapi…