• Alam Sekitar

    Perutusan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2018: ‘Peperangan’ Terhadap Pencemaran Alam disebabkan Plastik

    Artikel ini telah diterbitkan dalam laman web The Patriot. Saya terbitkan semula dalam blog saya sebagai simpanan dan rujukan bersama. ….. Oleh: ALIFF BASRI*   “Kalau tidak akan guna semula, elakkan daripada memilikinya.”   Begitulah sifat yang selayaknya diberikan kepada objek yang dikenal sebagai plastik. Tanggal 5 Jun 2018, United Nation Environment Programme (UNEP) menganjurkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia. Bertemakan ‘Beat Plastic Pollution’, ia seumpama satu ‘panggilan jihad’ atau ‘struggle’ melawan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh plastik. Ini suatu yang agak pelik kerana kita seakan-akan diseru untuk ‘berperang’ dengan objek tidak berakal – plastik. Tetapi, jika diamati maksud tema itu, peperangan ini sebenarnya berlaku antara ‘diri-jiwa’ manusia yang…